Engkau rasa hanya engkau sahaja yang perlu berubah,
Tanpa kau hirau manusia yang berada disekeliling mu,
Kau rasa madahmu tidak berhelah,
Tanpa kau fikir semua itu berbau bau,
Dan mungkin tiba masanya untuk aku,
Diam dan biarkan,
Aku perlu kehadapan dan tinggalkan luka ini,
Dan mungkin terpaksa juga kau aku tinggalkan,
Kau sudah ketemu apa yang perlu,
Kau sudah jumpa apa yang cari,
Dan biarkan aku hilang,
Hilang mencari yang hilang.
Moga kau damai dan tenang teman.
Dan mungkin ini yang terbaik untuk dirimu,
Kau aman dan aku damai.
Selamat Jalan, Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment