Saturday, 19 September 2015

19/9/2015

Actually daripada malam tadi aku dah plan dah apa aktiviti aku pagi ni. Full checklist supposed to be is:
-Basuh baju
-Sapu n mop lantai
-Kemas bilik dan dapur
-Bfast kat kluang railway station
-And do some write up on my hearing awareness campaign among gp and public.

But, finally end up aku tido balik lepas subuh and gi makan brunch aku pkul 11.45 pagi. Hahahaha

Ruinnnnn. Hampeh betul.

So, I try to make sure plan2 tu menjadi lepas aku balik rumah ni.

Pray for meeee. Bye

Friday, 18 September 2015

Posts

Nanti kalau aku kawen
Kalau aku beranak
Aku gi jenjalan
Aku happy

Aku dah janji kat diri aku
Ill not post it at any social media

Aku akan simpan
Sebab aku tau pedihnya tengok orang gembira sakan bila kita hanya mampu memandang

Thursday, 17 September 2015

People Change

Engkau rasa hanya engkau sahaja yang perlu berubah,
Tanpa kau hirau manusia yang berada disekeliling mu,
Kau rasa madahmu tidak berhelah,
Tanpa kau fikir semua itu berbau bau,

Dan mungkin tiba masanya untuk aku,
Diam dan biarkan,
Aku perlu kehadapan dan tinggalkan luka ini,
Dan mungkin terpaksa juga kau aku tinggalkan,
Kau sudah ketemu apa yang perlu,
Kau sudah jumpa apa yang cari,
Dan biarkan aku hilang,
Hilang mencari yang hilang.

Moga kau damai dan tenang teman.
Dan mungkin ini yang terbaik untuk dirimu,
Kau aman dan aku damai.
Selamat Jalan, Assalamualaikum.

Sunday, 13 September 2015

How to be grateful and thankful with whatever you have

kenapa hati ini sentiasa lemah dan sengsara.

aku tidak rasa semangat membara setiap kali aku bangun daripada tidur malamku

adakah aku tidak tahu mensyukuri atas segala nikmat yang telah diberi kepadaku?

Thursday, 10 September 2015

Memori

It has been a month since my last day at ttdi. I really miss my colleagues, the ambience, warmth and many more . How are you girls now? Is everything fine there?

Wednesday, 9 September 2015

Individualistik

Apakah itu individualistik?
Sekali baca macam maksud dia adalah seperti:

Individu+lastik/lipstik/plastik (kan?)

Walaupun bayangan maksud yang agak literal ini tak berapa kena, tapi apabila kita mengambil sifat2 metafora yang boleh kita ketengahkan, bayangan maksud yang literal itu boleh diguna pakai.

Manusia itu sifatnya berbeda-beda. Dan walaupun kita pernah melalui pengalaman yang sama tapi apa yang akal dan hati kita cerna amat berbeza sekali walaupun kita tidur sebantal dan makan sepinggan dan kadang2 berus gigi yang sebatang itu kita kongsi bersama.

Kita mungkin punya empati yang sama tapi tidak dari segi rasa.

Kita mungkin punya jenama pena dan kertas yang sama tapi adakah corak abstrak yang kita lakar itu juga sama?

Dan jika sama, itu namanya plagiarisme.

Dan jika individualistik itu:
individu+plastik/plasticity

Makanya, manusia itu sifatnya berubah ubah. Jika dulu kamu kenal dia sebagai A, mungkin sekarang dia sudah menjadi B.