Friday, 16 October 2015
TUHAN SAYANGKAN KAMU
Aku akan bangun dahulu sebelum alarm pertama aku berbunyi yakni sebelum pukul 4.30 dan kadang2 sebelum pukul 5.30.
Kebanyakkan waktunya aku akan tido balik. Ngantuk kot, penat seharian bekerja membanting tulang gitu kan.
Dan, amat kurang bilangannya aku bangun dan aku sujud.
Kurang.
Dan aku pada masa yang sama aku rasa sedih bila permintaan permintaanku tak kunjung tiba lagi.
Ironi bukan, kita meminta-minta tapi jarang sekali kita menadahkan tangan, merendahkan hati memohon kepadanya.
Dan Allah masih lagi menyayangi hamba2 Nya dengan nikmat2 yang dikurniakan kepada kita.
Ya Allah, matikanlah aku dengan sebaik baik kematian.
(Bersambung)
Thursday, 15 October 2015
HIRARKI
Manusia ni kenapa makin tinggi ilmunya makin kurang adabnya?
Boleh tak sesiapa tolong jawabkan.
Monday, 5 October 2015
PERSAHABATAN
10 tahun yang lepas sangat mudah untuk aku definisikan makna persahabatan yang sebenar daripada sudut pandang aku.
Sahabat: manusia yang menerima diri aku seadanya dan kita mampu harungi segala benda janji kau dan aku sentiasa ada untuk satu sama lain.
Sekarang, agak sukar utk aku huraikan. Well u know, human being when they reach my age 20-30 years old they will get married with the one the love.
Many people said marriage bring happiness to their life but for me marriage cut the bonding and relationship.
I always use this phrase "once married considered lost".
Aku kehilangan sahabat aku melalui perkahwinan. That is quite painful. Sebab selama ini senyum, tawa, tangis alu banyak dengan kawan2.
And skrng im going to loose my male bestfren. Well, isteri mana yg suka suami dia ada bestfren perempuan termasuklah aku.
😭😭😭😭😭
Thursday, 1 October 2015
Minggu yang sibuk
Alhamdulillah
Allah limpahi kehidupan kita dengan segala nikmatnya. Minggu ini merupakan minggu yang tersangatttttt busy kerana dlm minggu ni sahaja aku ada 3 prog i have to attend. And at the same time I need to attend to my pt kalau dr buat referral. Hahahaha.
Well, for me minggu ini adalah minggu yang berbaloi. And next to come is IMS audit pulak. So i need to make sure all my documents are documented well and aku kena review semua sop aku jugek. All the best to me and u guys out there. Be proud of yourself and sentiasa berpijak dibumi yg nyata.
Saturday, 19 September 2015
19/9/2015
Actually daripada malam tadi aku dah plan dah apa aktiviti aku pagi ni. Full checklist supposed to be is:
-Basuh baju
-Sapu n mop lantai
-Kemas bilik dan dapur
-Bfast kat kluang railway station
-And do some write up on my hearing awareness campaign among gp and public.
But, finally end up aku tido balik lepas subuh and gi makan brunch aku pkul 11.45 pagi. Hahahaha
Ruinnnnn. Hampeh betul.
So, I try to make sure plan2 tu menjadi lepas aku balik rumah ni.
Pray for meeee. Bye
Friday, 18 September 2015
Posts
Nanti kalau aku kawen
Kalau aku beranak
Aku gi jenjalan
Aku happy
Aku dah janji kat diri aku
Ill not post it at any social media
Aku akan simpan
Sebab aku tau pedihnya tengok orang gembira sakan bila kita hanya mampu memandang
Thursday, 17 September 2015
People Change
Engkau rasa hanya engkau sahaja yang perlu berubah,
Tanpa kau hirau manusia yang berada disekeliling mu,
Kau rasa madahmu tidak berhelah,
Tanpa kau fikir semua itu berbau bau,
Dan mungkin tiba masanya untuk aku,
Diam dan biarkan,
Aku perlu kehadapan dan tinggalkan luka ini,
Dan mungkin terpaksa juga kau aku tinggalkan,
Kau sudah ketemu apa yang perlu,
Kau sudah jumpa apa yang cari,
Dan biarkan aku hilang,
Hilang mencari yang hilang.
Moga kau damai dan tenang teman.
Dan mungkin ini yang terbaik untuk dirimu,
Kau aman dan aku damai.
Selamat Jalan, Assalamualaikum.
Sunday, 13 September 2015
How to be grateful and thankful with whatever you have
kenapa hati ini sentiasa lemah dan sengsara.
aku tidak rasa semangat membara setiap kali aku bangun daripada tidur malamku
adakah aku tidak tahu mensyukuri atas segala nikmat yang telah diberi kepadaku?
Thursday, 10 September 2015
Memori
It has been a month since my last day at ttdi. I really miss my colleagues, the ambience, warmth and many more . How are you girls now? Is everything fine there?
Wednesday, 9 September 2015
Individualistik
Apakah itu individualistik?
Sekali baca macam maksud dia adalah seperti:
Individu+lastik/lipstik/plastik (kan?)
Walaupun bayangan maksud yang agak literal ini tak berapa kena, tapi apabila kita mengambil sifat2 metafora yang boleh kita ketengahkan, bayangan maksud yang literal itu boleh diguna pakai.
Manusia itu sifatnya berbeda-beda. Dan walaupun kita pernah melalui pengalaman yang sama tapi apa yang akal dan hati kita cerna amat berbeza sekali walaupun kita tidur sebantal dan makan sepinggan dan kadang2 berus gigi yang sebatang itu kita kongsi bersama.
Kita mungkin punya empati yang sama tapi tidak dari segi rasa.
Kita mungkin punya jenama pena dan kertas yang sama tapi adakah corak abstrak yang kita lakar itu juga sama?
Dan jika sama, itu namanya plagiarisme.
Dan jika individualistik itu:
individu+plastik/plasticity
Makanya, manusia itu sifatnya berubah ubah. Jika dulu kamu kenal dia sebagai A, mungkin sekarang dia sudah menjadi B.
Wednesday, 25 February 2015
When I Grow Up
Selalu sahaja terdetik dalam hati
"nanti kita dah besar, kita nak....."
And now
I already a grown up lady
25 years old and alhamdulillah dah kerja,
And Now another question comes in, not only one but alot
"Nak jadi apa ye? Betul ke apa yang aku buat ni? Bila nak kahwn? Bila? Apa?"
Macam-macam.
Im still searching and keep on thinking what im going to do and be in next 10 years.