Friday, 25 October 2013

23 tahun

Alhamdulillah.
Kini usiaku sudah genap 23 tahun, 4 bulan, 23 hari.
10 tahun dulu termimpi-mimpi untuk berusia 23 tahun tahun kini berharap supaya dapat diundurkan 10 tahun ke belakang.
Dulu selalu terfikir,
"alangkah seronoknya kalau dah masuk U"
"tak sabar nak berkereta dan berkejaya"
"tak sabar nak mendirikan rumah tangga dan punya anak sendiri"


Tapi bila dah berada sendiri di usia ini selalu terfikir dan terkenang.
"andai dulu aku bisa menggunakan waktu kecilku sepenuhnya dan sebaiknya sudah tentu kini aku sudah berada di tempat lain"
"seronoknya waktu kecil, tiada tanggungjawab, fikirannya boleh menjangkau realiti"
dan macam-macam lagilah


Aku juga meluangkan masa untuk berfikir sejenak, adakah wajar untuk kita mengira waktu yang sudah berlalu dan menyalahkan masa lampau menjadi penyebab siapa kita hari ini.


Kadang aku terlalu terpukul dengan waktu lampauku yang aku bazirkan kebanyakkan waktunya dan selalu aku berkata-kata dalam hati, " kalaulah dulu aku rajin membaca wacana-wacana inggeris sudah tentu bahasa inggerisku mantap dan aku mampu berucap dengan fasih dalam bahasa inggeris di depan pensyarah-pensyarahku"


Tapi sebenarnya, silap untuk aku terus menyalahkan lampauku tanpa aku mula merangka masa depan ku. Aku perlu merangka siapa diriku 5 tahun akan datang dan apakah pelan tindakan untuk mencapai ke tahap itu. Ya! aku perlu bangkit! Yang lampau tinggal dibelakang, jangan diungkit-ungkit jika terus mahu maju ke depan. 


InsyaAllah dalam 5 tahun lagi saya, Fatin Suraya binti Mohd Isa akan menjadi seorang pegawai pemulih pendengaran dan juga terlibat dalam Hearing Conservation Team dan juga merangka program pengurusan bunyi bising di tempat kerja. Juga saya akan mampu berbahasa lebih daripada 4 bahasa. Selain itu, saya juga telah menunaikan haji bersama-sama kedua ibu bapa saya dan mampu untuk melaksanakan umrah seterusnya. Selain itu, saya juga tidak akan meninggalkan kerja-kerja dakwah saya dan InsyaAllah saya akan mendirikan rumah tangga bersama insan yang sentiasa mengingatkan saya supaya sentiasa mencintai Allah dan mencintai setiap di dunia ini kerana Allah. Kami juga akan dikurniakan anak yang akan menjadi pewaris-pewaris dan penerus pejuang Islam yang mampu memakmurkan bumi Allah ini InsyaAllah. Semoga urusan kami duniawi dan ukhrawi dipermudahkan. ameen Ya Rabbal Alamin.


Antara angan dan harapan yang sentiasa kekal mekar di hati. Semoga dengan menulisnya di sini aku mampu untuk mereliasasikan dengan Kuasa Allah Yang Mahu Agung.

+amirah azam , +Aisyah Iman Mohd Taha , +Syajaratuddur Ab. Halim , semua pkpim gen6, geng odie2
Selamat berjuang sahabat seperjuangan dan seusia!


No comments:

Post a Comment