Friday, 27 December 2013
CERITA
Duka, suka, semua ada ceritanya,
Tapi bila ramai yang bercerita,
Cerita yang satu dah jadi 2 ceritanya.
Bila yang bercerita tiada toto keromo,
Memang suka bercerita ikut gayanya,
Perlu ke?
Mungkin yang menulis ni pun salah seorangnya,
Ya Allah pimpinlah aku ke JalanMu,
Jangan jadikan aku seorang pencerita yang enak memakan daging saudaranya,
Ya Allah.
Thursday, 7 November 2013
ANTARA CITA DAN CINTA
Dah masuk tahun akhir ni masing-masing sibuk dengan matlamat hidup masing-masing, ada yang dah plan nak sambung master lepas grad nanti, ada yang nak keje dengan gomen la, ada nak buka bisnes sendiri lah, ada yang nak rehat sekejap, dan ada yang berkejar-kejar nak kahwin. Aku pula dok mengadap langit terfikir nak keje apa nanti. Hahaha.
Aku seorang pelajar tahun akhir, mengambil jurusan audiology dan jurusan ni menarik sebenarnye kalau betul2 minat dan faham tapi sepanjang aku belajar separuh hati ku disini dan separuh lagi terawang-awangan dan mulalah timbul persoalan, betul ke apa yang aku ambil sekarang. Lama-lama aku kurang passion dengan apa yang aku buat dan sampailah aku gi industrial training. Kat sini barulah aku menjinakkan perasaan aku yang half lost ni. Tapi sekarang in my final year aku still lagi questioning hala tuju aku lepas aku grad nanti.
Hmm. sebenarnya ada perkara yang aku tak settle lagi. Aku belum betul-betul lagi faham diri aku. Aku kurang mengenali diri sendiri. Sepatutnya aku explore kekuatan diri aku, apa yang aku mampu buat, skill apa lagi yang aku ada dan aku boleh polish lagi. Dan satu lagi apa kelemahan diri, macam nak manage perkara tu. Haish, banyaknye persoalan.
Tapi tu semua pasal diri sendirilah. Kawan-kawan sebelum kita pergi lebih jauh, kenali diri dulu. Apa kekuatan yang kita ada, kelemahan kita pula macam mana kita nak tangani. WH questions tu patut tanya kat diri sendiri dulu sebelum korang cari isi untuk buat karangan atau assignment. Kan.
Sebenarnya ada 3 benda yang aku paling minat sekali. Pertama sekali pastri and kulineri. Minat sangat nak dalami ilmu pasal 2 perkara ni. Dan aku berazam satu hari nanti aku mampu buka kedai sendiri yang berasakan 2 perkara ni. kalau boleh aku pun nak jadi pengedar barang-barang asas untuk 2 perkara ni, kita explore lagi dalam dan kita boleh jaga apa yang masuk dalam makanan kita dan isu halal haram lebih terjagakan. tak gitu =). Jana ekonomi untuk ummat berasaskan wadah koperasi. Boleh juga aku joint venture dengan Koperasi PKPIM dan pada masa yang sama tingkatkan taraf koperasi di malaysia ni yang aku rasa tak adalah gah sangat sekarang ni.
Kedua, walaupun aku gagap dan kadang apa yang aku cakap orang susah nak faham aku suka juga bidang pengacaraan ni dan hiburan ni. Dalam dunia kita yang penuh dengan hiburan yang melalaikan dan lagho ni tak salah rasanya untuk kita mengarahkan hala tuju media kita sekarang ke arah yang lebih intelektual. Mengangkat golongan intelektual melalui rangkaian media yang ada di malaysia ni. Pada masa yang sama media bukan sahaja mendidik rakyat juga mendidik pemimpinnya supaya lebih telus dan beraqal ketika mentadbir negara. Boleh sahaja media ini dijadikan ruang untuk diskusi terbuka bersama rakyat. kan kan kan. Berharap untuk menggubah lagu dan menyanyikan sendiri dihadapan puteri-puteri agama. =)
Ketiga, pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. seronok gitu. Terutama sekali kanak-kanak yang bermasalah pendengaran. Mereka mempunyai masa depan yang cerah sama seperti kanak-kanak yang lain. Apa yang saya nampak di Malaysia, jika anda ada disability anda kurang manusianya. Haii, kalau macam gini persepsi bilalah nak jadi negara intelek dan maju. kan. Aural rehabilitasi kepada adik2, anak2, sahabat yang mempunyai masalah pendengaran bukan masalah mental ye. sebab antara fokus aural rehabilitasi atau habilitasi ni kita nak kurangkan impak kurang upaya mereka yakni pendengaran dan gunakan baki keupayaan yang ada semaksima mungkin supaya mereka boleh berkembang sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Kan. Memang semua insan di dunia ni ada masalah masing-masing tapi kita cuba tolong kurangkan beban yang mereka tanggung dan bukankah itu juga salah satu tanggungjwab sebagai seorang khalifah di atas muka bumi Allah ni.
Wah, seronoknya menulis apa yang terbuku dihati. Semoga Allah memudahkan urusan untuk mencapai impian ini, InsyaAllah, Ameen.
For my current progress, Im working on my thesis title survey on noise management in small and medium industries in Kuantan area. May Allah ease everything we do and reward it as ibadah, ameen.
Sunday, 27 October 2013
Bukit Pelindung
27/10/2013
Ahad
6.30 pagi
bersiap sedia untuk mendaki Bukit Pelindung bersama-sama sahabat Fazilah, Amirah dan adik Yong. Pertama kali mendaki bukit setelah 4 tahun bermastautin di Kuantan merupakan saat yang nostalgik dan mendebarkan. Tak sangka boleh menyahut seruan BLP PKPIM Kuantan mendaki Bukit Pelindung. Bagi yang berpengalaman mungkin Bukit Pelindung sekadar trak suka-suka saja tapi bagi yang "Newbie" macam saya memang sangat T_T.
7.10 pagi
Tiba di kaki Bukit Pelindung. Kami mulakan dengan aktiviti regangan dan sedikit taklimat daripada cik Fazilah. Setelah itu bermulalah perjalanan kami. Tak sampai beberapa meter saya sudah merasakan kelelahan mendaki bukit dan hampir-hampir saja mahu berputus asa tetapi hasil dorongan dan sokongan daripada sahabat-sehabat menguatkan semangat untuk meneruskan langkah meneroka Bukit Pelindung.
7.40 pagi
Separuh jalan menawan Bukit Pelindung dan saya keseorangan sebab sahabat yang lain lagi laju daripada saya, (nampak sangat kurang stamina, huhuhu). Dalam dilema nak teruskan perjalanan atau tak. Sebelum memutuskan samada mahu menuruskan perjalanan atau tidak, hamba menelefon Fazilah untuk kepastian. Tidak semena panggilan tersebut adalah panggilan telefon yang bertujuan untuk menyerap semangat meneruskan pendakian kembali daripada sahabat yang dah sampai di atas. Akhirnya dengan hati yang nipis dan ragu-ragu saya teruskan juga mendaki.
8.00++ pagi
Yaaaaa! Akhirnya ketemu juga mereka. Alhamdulillah. Berehat sebentar di bawah pondok sekali lagi sebelum meneruskan kembali perjalanan menawan puncak bukit pelindung(banyak pulak pit stop dia kan =P). Untuk pengetahuan semua, Bukit Pelindung mempunyai 2 puncak dan kami berjaya menawan kedua-dua puncak. Alhamdulillah =). Tapi apa yang mengecewakan adalah pemandangan yang dapat dan boleh dinikmati daripada puncak Bukit Pelindung ini tidak lagi dapat dirasai dan dinikmati kerana pihak TNB sudahpun memagar kawasan2 disekitar puncak Bukit Pelindung. Oklah sampai puncak dapat tengok menara pun jadilah~~sigh~~.
8.30++ pagi
dah sampai puncak kena turun baliklah kalau nak balik UIA =P. Hati senang dan gumbira, dan kami "greet" semua pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang kami jumpa sepanjang perjalanan menuruni bukit pelindung. "good morning uncle/ auntie", "assalamualaikum pakcik/ makcik". Dan perasaan tu sangat seronok =D. Di samping itu kami berforum dan berkongsi cerita mengenai OAMP4 dan dalam perancangan untuk pergi ke Leryar lagi selepas ini. Unofficial agenda =)
9.00++ pagi
Sudah sampai di kaki Bukit Pelindung. Tadi mula dengan regang kita tutup dengan "cooling down" pula ye. Selesai "cooling down" ucapan penutup daripada cik Fazilah dengan kata-katanya "badan sihat, otak cerdas".
9.40++pagi
Pasar tani depan UTC. Faham-faham sajalah, dah beraktiviti mestilah kena tambah balik tenaga =). Rambang mata melihat makanan yang tersedia cuma tinggal keluar duit je nak beli. Kena didik nafsu supaya fokus dengan keperluan sahaja dan paling penting jangan membazir! =) Beli makanan di pasar tani dan kami makan di restoran mamak yang berhampiran. Alhamdulillah. Syukur segalanya berjalan lancar. Semoga ada lain kali. Jom struggle study pula =)
Saturday, 26 October 2013
Sound of Freedom
Friday, 25 October 2013
23 tahun
"alangkah seronoknya kalau dah masuk U"
"tak sabar nak berkereta dan berkejaya"
Aku juga meluangkan masa untuk berfikir sejenak, adakah wajar untuk kita mengira waktu yang sudah berlalu dan menyalahkan masa lampau menjadi penyebab siapa kita hari ini.
Kadang aku terlalu terpukul dengan waktu lampauku yang aku bazirkan kebanyakkan waktunya dan selalu aku berkata-kata dalam hati, " kalaulah dulu aku rajin membaca wacana-wacana inggeris sudah tentu bahasa inggerisku mantap dan aku mampu berucap dengan fasih dalam bahasa inggeris di depan pensyarah-pensyarahku"
Tapi sebenarnya, silap untuk aku terus menyalahkan lampauku tanpa aku mula merangka masa depan ku. Aku perlu merangka siapa diriku 5 tahun akan datang dan apakah pelan tindakan untuk mencapai ke tahap itu. Ya! aku perlu bangkit! Yang lampau tinggal dibelakang, jangan diungkit-ungkit jika terus mahu maju ke depan.
InsyaAllah dalam 5 tahun lagi saya, Fatin Suraya binti Mohd Isa akan menjadi seorang pegawai pemulih pendengaran dan juga terlibat dalam Hearing Conservation Team dan juga merangka program pengurusan bunyi bising di tempat kerja. Juga saya akan mampu berbahasa lebih daripada 4 bahasa. Selain itu, saya juga telah menunaikan haji bersama-sama kedua ibu bapa saya dan mampu untuk melaksanakan umrah seterusnya. Selain itu, saya juga tidak akan meninggalkan kerja-kerja dakwah saya dan InsyaAllah saya akan mendirikan rumah tangga bersama insan yang sentiasa mengingatkan saya supaya sentiasa mencintai Allah dan mencintai setiap di dunia ini kerana Allah. Kami juga akan dikurniakan anak yang akan menjadi pewaris-pewaris dan penerus pejuang Islam yang mampu memakmurkan bumi Allah ini InsyaAllah. Semoga urusan kami duniawi dan ukhrawi dipermudahkan. ameen Ya Rabbal Alamin.
Selamat berjuang sahabat seperjuangan dan seusia!