Sunday, 3 March 2019

SAMBUNG BELAJAR

Pindah ke penang merupakan salah satu turning point untuk aku berkeputusan sambung belajar. Bukan senang nak sambung belajar sebab banyak yang harus diambil kira antaranya duit. Aku tak boleh nak ambil fulltime study sebab aku perlukan duit untuk keperluan bulanan dan harian. Jadi aku bertanya pandangan beberapa orang dan Alhamdulillah senior aku cadangkan idea bernas iaitu part time belajar dan full time kerja. Sebenarnya aku pernah fikir perkara yang sama tapi idea ini di yakinkan lagi oleh pandangan senior aku ni. Dia pun baru je habis master jadi dia cakap lagi bagus untuk aku ada steady monthly income dan belajar tu dijadikan mode part time.

Sambung belajar ini banyak faktor yang aku dah ambil kira. Sebenarnya aku terinspirasi dengan akak tempat kerja lama aku. Dia ambil part time master sambil kerja kat situ dulu. Struggle dia habiskan. Bukan dia suruh aku sambung belajar tapi aku rasa seronok tengok dia. Kemudian pindah kerja di Penang ni yang membulatkan lagi keputusan tu. Ditolak masuk spa, ditolak masuk hospital pengajar upm, permohonan lain semua tolak. Kemudian peluang untuk berkembang di hospital sekarang memang agak kelam kerana aku sangat masak dengan kelulusan forecasted budget and etc. Kemudian ada staff yang mempersoalkan usia dan jodoh aku. Dan ada beberapa lagi.

Aku tahu, setiap apa pun keputusan yang diambil ada cabaran dan hikmahnya. Aku doa semoga keputusan untuk sambung belajar dan hijrah lagi ke tempat baru adalah keputusan yang lebih mendewasakan aku, menjadi insan yang lebih baik, manusia yang berilmu dan beramal dan menggembirakan mak abah aku.

Ameen ya Rabbal Alamin.