Andai hidup umpama nukilan coretan sebatang pensil, akan ku padam dan coretkan semula.
Sunday, 27 January 2019
JANUARI
Januari lagi tahun ini. Usia menghitung, hari bertambah. 29 Tahun. 10 tahun yang lepas aku membayangkan kehidupanku diusia ini. Dan kini aku melaluinya.
29 tahun.
Masih lagi lurus, tiada cambahan, tiada tunas baru. I never thought I will be leading a boring and dull life in my 29th of life. I dont know what to do and what should I plan ahead. Do I still have choices to choose now?
Tidak. Tiada pilihan lain.
Hanya satu jalan.
Jalan untuk melangsaikan hutang.
29 tahun.
Masih lagi lurus, tiada cambahan, tiada tunas baru. I never thought I will be leading a boring and dull life in my 29th of life. I dont know what to do and what should I plan ahead. Do I still have choices to choose now?
Tidak. Tiada pilihan lain.
Hanya satu jalan.
Jalan untuk melangsaikan hutang.
Thursday, 10 January 2019
LARI
Aku mahu lari tapi kenyataannya tidak mengizinkan. Aku cuba lari dari kenyataan, aku masih lagi dibayangi hidup semalam, hidup yang dulu aku rasakan sangat menyakitkan. Betul orang kata, sudah jauh dikenang kenang.
Sudah 7 bulan aku disini. Selama 7 bulan itulah aku hidup dibayangi harapan untuk lari tapi aku hanya lari dalam khayalan saja tapi bukan di alam nyata. Dalam 7 bulan ni, saban hari aku mengharapkan untuk kembali ke tempat lama, dan jika bukan itu mungkin keluar dari sini. Tapi, memang tidak ada apa yang mampu mengalahkan takdir. Ya, aku masih lagi disini.
Jikalau lari pun aku tidak seinci pun beralih apatah lagi terbang berlayar.
Jika memang disinilah ketetapanku untuk masa dan saat ini, moga aku cekal dan kuat. Malam ini, dalam warkah ini, aku tinggalkan bayangan dan harapan yang aku telah jalani selama 7 bulan ini. Esok akan aku mulakan langkah hidup yang baru. Ya, kita masih lagi di tahun baru, baru seminggu lebih menapak di tanggal usia baru. Belum terlambat lagi untuk aku mulakan azam baru.
Esok, esok adalah baru, aku tinggalkan semalam disini. Dan moga nafas baru esok akan terus kehadapan dengan yakin dan tenang.
Ameen,
Ameen Ya Rabbal Alamin.
Airazmatsu90
10 Disember 2019, 2307.
Subscribe to:
Comments (Atom)